PAPAN KENYATAAN


.....

Melamine

Salam Isnin..hehe
Hr ni pg2 lg aku diemailkn satu info yg amat berguna yg aku sdiri pn xberapa tau sgt pd awalny apa itu isu melamine puny pinggan mangkuk ayun hehe..yg byk meragut nyawa bayi2 di seluruh dunia n menyebabkb ribuan bayi terlantar di wad2 ICU..

=---

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripadaMELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis

bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan

masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencingdankerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk

mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand

atau Chinaselalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailandadalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat

dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan

berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate.Bahan ini akan membentuk

crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di Chinadisebabkan oleh

bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang

peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.

Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysiatermasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat

dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk

pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Baca lagi tentang melamine di sini:
Melamine-tainted milk seized from Chinafactory:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/NewsBreak/20080915125202/Article/index_html

Melamine plates a health hazard
http://archive.gulfnews.com/articles/07/05/14/10125274.html

FDA: Melamine found in baby formula made in China
http://www.usatoday.com/money/industries/food/2008-09-11-tainted-formula_N.htm

Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed
http://www.fda.gov/oc/opacom/hottopics/petfood.html

Contoh pinggan melamine..
Plz, better use pinggan mangkuk seramik or kaca..mahai sket pn xpala, yg penting selamat..Menjaga diri n kesihatan adalah satu ibadah :)

1 salams:

Unknown October 13, 2008 at 3:40 PM  

ooo... ni la pinggan yang jahat 2... ces xguna pungya pinggan.. nyah kau dri cni!! sampah masyarakat

Powered By Blogger

Tentang Blog

Salam semua. Blog ini diwujudkan sebagai tanda kasih kita sebagai Warga Ikatan Kasih Keluarga Haji Talib.
Blog ini juga merupakan medium perhubungan sesama kita bagi berkongsi cerita serta maklumat terkini yang berlaku di Ikatan Kasih.
Sebarang pertelingkahan / hasutan / gejala negatif adalah sama sekali DILARANG di sini.

- Admin -

Electronic Quran

Happy Birthday!

Salam Sini


ShoutMix chat widget