PAPAN KENYATAAN


.....

Glemer tuuuuu!

Asal usul nama Lahar Minyak : ~

Kampung Lahar Minyak dipercayai telah wujud sejak sebelum tanah air telah mencapai kemerdekaan. Ketika itu, kawasan Kampung Lahar Minyak adalah salah satu lokasi yang menjadi sarang tentera Jepung menyembunyikan diri. Sewaktu era komunis juga kawasan Kampung Lahar Minyak turut menjadi antara lokasi strategik untuk mereka berselindung dari pejuang tanah air. Salah satu lokasi yang pernah menjadi saksi kepada pertempuran antara pihak British dan Jepun ialah Jambatan Merdeka yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Jambatan ini pernah dibom oleh tentera Jepun bagi menghalang tentera British untuk masuk ke daerah Seberang Perai Utara.




Nama Lahar Minyak dipercayai diambil dari suatu peristiwa yang berkait dengan beberapa buah kampung berhampiran. Menurut salah seorang penduduk kampung, Ismail Haji Talib, suatu ketika dahulu di kawasan berhampiran, terdapat begitu banyak ikan yang mati di sebuah paya atau lahar dalam loghat utara. Air paya tersebut mengalir sehingga ke kawasan Kampung Lahar Minyak. Oleh sebab ikan yang mati tersebut terlalu banyak, ia menyebabkan air paya menjadi seakan-akan berminyak. Sejak dari peristiwa tersebut, penduduk kampung bersepakat menamakan kampung ini sebagai Kampung Lahar Minyak.

* glamour pakndak tuuuu!
aku pun xtau sapa penulis ni..tapi ni LINK dia

- Ni ada satu lagi LINK..ada tertulis nama tok wan kita

- kat SINI plak ada gambar pakndak

- perghhh pandak sangat glamour

- owhh qeta zakiah pun ada




- NAE -

Powered By Blogger

Tentang Blog

Salam semua. Blog ini diwujudkan sebagai tanda kasih kita sebagai Warga Ikatan Kasih Keluarga Haji Talib.
Blog ini juga merupakan medium perhubungan sesama kita bagi berkongsi cerita serta maklumat terkini yang berlaku di Ikatan Kasih.
Sebarang pertelingkahan / hasutan / gejala negatif adalah sama sekali DILARANG di sini.

- Admin -

Electronic Quran

Happy Birthday!

Salam Sini


ShoutMix chat widget