PAPAN KENYATAAN


.....

- Blog Review Notification -

Dalam bulan posa ni saja, terdapat 2 pertambahan blog baru bagi warga IKATAN

Saja nak inform kat sini, so dengan harapan lebih banyak warga buat blog masing2

Bukan untuk apa pun, berkongsi cerita ja

BLOG FASIHAH


Dan juga

BLOG BIE YAZID


Sekian oleh saya

Glemer tuuuuu!

Asal usul nama Lahar Minyak : ~

Kampung Lahar Minyak dipercayai telah wujud sejak sebelum tanah air telah mencapai kemerdekaan. Ketika itu, kawasan Kampung Lahar Minyak adalah salah satu lokasi yang menjadi sarang tentera Jepung menyembunyikan diri. Sewaktu era komunis juga kawasan Kampung Lahar Minyak turut menjadi antara lokasi strategik untuk mereka berselindung dari pejuang tanah air. Salah satu lokasi yang pernah menjadi saksi kepada pertempuran antara pihak British dan Jepun ialah Jambatan Merdeka yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Jambatan ini pernah dibom oleh tentera Jepun bagi menghalang tentera British untuk masuk ke daerah Seberang Perai Utara.




Nama Lahar Minyak dipercayai diambil dari suatu peristiwa yang berkait dengan beberapa buah kampung berhampiran. Menurut salah seorang penduduk kampung, Ismail Haji Talib, suatu ketika dahulu di kawasan berhampiran, terdapat begitu banyak ikan yang mati di sebuah paya atau lahar dalam loghat utara. Air paya tersebut mengalir sehingga ke kawasan Kampung Lahar Minyak. Oleh sebab ikan yang mati tersebut terlalu banyak, ia menyebabkan air paya menjadi seakan-akan berminyak. Sejak dari peristiwa tersebut, penduduk kampung bersepakat menamakan kampung ini sebagai Kampung Lahar Minyak.

* glamour pakndak tuuuu!
aku pun xtau sapa penulis ni..tapi ni LINK dia

- Ni ada satu lagi LINK..ada tertulis nama tok wan kita

- kat SINI plak ada gambar pakndak

- perghhh pandak sangat glamour

- owhh qeta zakiah pun ada




- NAE -

Al-Fatihah

Salam semua, seperti yang diberitakan oleh unta macho..
Pagi tadi, Tok Long Usop aka Paklong Usop Teksi meninggal dunia..
Innalillah..mari sedekahkan al-fatihah buat arwah..

Malam Ikatan Kasih ( Raya Ke 2 )

Assalamualaikum warga ikatan kasih,

Selamat Menyambut Ramadan, bermulanya hari pertama ramadan bermakna bermula lah kutipan duit sumbangan untuk malam ikatan, iaitu majlis di malam raya ke 2. Setiap seorang yang bekerja seperti biasa, rm30 dikenakan.

Sekian,

Terima kasih

Selamat menjalani ibadah puasa

Edisi Ramadan

Edisi Ramadan ( Doa Berbuka Puasa )

"Ya Allah kerana Engkau aku berpuasa, kepada Engkau lah aku beriman dan dengan rezeki Engkau lah aku berbuka dengan rahmat Mu wahai Yang Maha Memberi Rahmat"

ain, kaf, dal...nun, ya, kaf, ha Waridah dan Zharif

I know, i know...lots of people hav been waiting for gambar2 akad nikah Waridah dan Zharif..
so untuk tidak menghampakan ampa2 semua..mari kita sama2 menghayati sejenak dengan penuh khusyuk dan tekun TEKUN NASIONAL xleh blah...duit aku xdpt2 lg pun gambar2 akad nikah mereka ini..

Bukan...bukan..jangan salah anggap..bukan sebab saya yang update entry ni, saya saja2 suka2 nak boh gambar anak saya jaa...sila lihat di belakang...yaaa di belakang Tasha and Kak Linda..tangan subjek utama entry ini cuba menyucuk aircond dengan sebatang rotan..Subjek tersebut menyatakan dengan tegas bahawa aircond dalam bilik tu kena setting manually...so rotan tersebut terbukti berguna dalam hal ini

Ini pula burung, telur cincin Zharif..bagi saya, agak xsenonoh boh cincin kat burung ni..kekekeke

Subjek utama sangat teruja..time ni, tengok tingkap bilik yang berhabuk rasa pun macam tengok BMW Z5..xcaya, tanya Waridah..

Macam biasalah kawan2..saya suruh posing la..Waridah akur tanpa bantahan..macam ni la sanak saudara saya sekalian..jomla serta saya dalam minat fotografi ini sama2..best ooo..
Boleh suruh subjek buat apa saja..suruh buat muka senyum, buat muka sedih..dan juga suruh mereka ketawa tanpa sebab..Tapi kalau anda kena pukul, jangan petik nama saya okay!

Berdebar ke kamu ni..Dari segi lakonan dan posing..kita boleh katakan pengantin ini tengah berdebar..So kepada mereka2 yang di luar sana..jangan percayakan bulat2 apa yang anda nampak dalam majalah or newspaper..banyak lakonannya.. ;p
* ini sekadar maklumat pengetahuan am..tiada sama sekali kaitan political views..tolong paham yaa

Jam aku ni, nak pakai ka xmau pakai haaa...

Waridah tengah promote sanak saudara masuk dalam almari ajaibnya..serius, kalau masuk..boleh tembus ke Prague

What makes a good picture..smiling faces of course!

Kuch kuch hota hai...kabhi kushem kabhi ghem..bobby..shah rukh khan..mere betteee...

Ini ape yee..ooo ini adalah merupakan satu jisim yang berwarna hitam yang disertai dengan kaca lensa..

Senyum tawa bakal isteri kepada seorang yang bernama Saif Ali Khan Zharif...

Turn depa pulak bergelak sakan..banyak shot yang diambil time ni..so nanti pakat2 la mintak kat Waridah naa..psssttt Waridah...caj sorg RM5 dah la untuk gambar2 ni kalau depa nak..pastu bagi kat abg nae 20%

Semasa majlis akad nikah berlangsung..Waridah tiada di sini. Oleh itu, saya telah ditugaskan sebagai mata dan telinga bagi pihak Waridah

Ada yang bertanya apa itu nikah gantung?
Saya jawab..dah akad nikah kan?
So malam ni belasah troih!kuikuikui...

Tangan digenggam erat..diramas secukup rasa..Dirasai setiap denyutan nadi tangan..dengan sekali lafaz..Waridah sah kini isteri Zharif dan keluarga kita menerima seorang lagi ahli baru..Aminn

Doa diiringi sebagai tanda kesyukuran kepada YANG MAHA ESA, TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Wa Lah...yang cukup dihormati dan disegani serta disayangi..

Si ibu turut sama berdoa..

Selesai di dewan..bergegas ke rumah Pakndak..

Di dalam bilik..yang si pengantin perempuan cuba sedaya upaya mengontrolkan diri agar tidak nampak gementar..dia juga cuba sedaya upaya mengontrol ayu..sket2 dok tnya, cantik dak kami?lawa dak lagi..nampak elok dak...ooppppsss sori2 dah terlebih2 menambah2 dah ni teeehehehehe...

I luv this portrait..

And a bit laughter..

And gambar teaser yang ada di entry sebelum ini...

Lagi aksi romantika d amor..

Sebenarnya..kat atas tilam tu ada baby tengah lena...anak menakan Zharif rasanya..

Zharif senyum xnampak fake..so agak fotogenik la Zharif ni..pasni blh amik jadi model la..
Sama cantik, sama hensem..sama padan

Dan untuk majlis apa pun...pasti ada yang frust kecundang..

Dini yang sukar senyum bila bergambar..dalam ni, punya girang..

Suruh pakndak and makndak berpelukan...gelak yang kita dapat...

Sebelah kanan pengantin..bakal pengantin...Sebelah kiri pengantin, pengantin expired

Sambungan bakal pengantin dan pengantin expired..Sian depa yang xkawen lg..kena dok belakang plak tu..hmmmm seperti biasa, seniority issue ;p

So mari kita akhiri entry ini dengan senyuman pengantin dan doakan mereka berbahagia hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah SWT

Ada juga gambar2 di SINI

Siapa yang menulis?
NAZRI AHMAD

Pengantin Baru Kini Tiba Dalam Pasaran!




Akhirnya kini pasangan merpati dua sejoli Waridah & Zharif selamat di ijabkabulkan pada hari Ahad : 9 Ogos yg lalu .




Tahniah buat pasangan pengantin baru ini . Pix di atas hanya lah teaser sahaja . Di harap bersabar utk liputan penuh pixie akad nikah mereka .




pi es : tukang tangkap gambaq masih keletihan utk memilih pix terbaik dari ratusan yg telah di tangkap pada hari kejadian

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum

SELAWAT DAN SALAM KEPADA NABI MUHAMMAD SAW SERTA SAHABAT NABI DAN KELUARGA NABI

Alhamdulillah...2 hari lepas berkesempatan ikut serta bc Yassin 3x malam nisfu syaaban..turut serta TOK , WA LAH n WA NISAH , PAKTEH n MAKTEH, PAKNDAK aka pak mentua , n MAKNDAK mak mentua la , MAKCHAQ , MAKNGAH MIAH n TOKSU jgk x ketinggalan diikuti anak2 menakan yg lain my lovely hubby,naim dan shidah bersama anak kesayangan mereka balqis,sue n ozair,pie bersama anak sulungnya faiq,zairie,syahir yg menghadirkan diri tanpa isteri di sisi..dah la sorang tapi gagal jgk menampakkan diri 2 awal ...hehehe..jgn mare...sebenaqnya org ke 2 last la ...pie org yg terakhir...tp Alhamdulillah berjalan ngn lancarnya...

Kami bc yassin 3x ...

untuk yassin yg pertama niat agar di panjangkan umur untuk membuat ibadat...

untuk yassin yg ke 2 niat mudahan di murahkan rezeki yg halal...

untuk yassin yg ke 3 niat agar di jauhi segala bala...

Banyak manfaat nya nisfu syaaban nie..

Lepas ni jgn lupa rebut peluang selagi hayat masih ada...



CUCU 25



Pecah Sunyi

Sekadar pemecah kesunyian di blog ini..
Arakian ada dikisahkan sewaktu mengambil gambar perkahwinan Suzanna Yasni Dato' Azizan.
Sewaktu aku melangkah ke rumah banglo tiga tingkat yang cantik itu, wajah pertama yang ku lihat seakan kenal..

Ku mendekatkan diri sehampir mungkin..kelihatan sekumpulan lelaki tua
usia pertengahan sedang sibuk marhaban..namun yang seorang itu betul2 membuatkan hatiku berdetik..seolah2 aku kenal..

Ku beranikan lagi mendekati serapat yang mungkin..takut2 itu harus ada.

Ku pusing ke atas..ku kilas ke kiri..xlepas ke kiri, ku acu ke kanan plak..abis mantera persilatan semua dikeluarkan..

Ahhh kenapa kamu berbisik2 memalingkan muka pula..ini tidak bagus..

Ku jauhkan diri buat sementara waktu..mengatur langkah dan menyusun semula pernafasan. Harus bijak mengatur langkah dan strategi..tringat pesanan tuan guru silambam dalam majalah gila-gila keluaran 3 April 1992

Hiyyahhhh...tuan guru Mae Lid pakndak kita rupanya..hebatkan, dimana2 pasti ada salah sorg warga Keluarga Haji Talib..maaf hari ni aku agak tak torah..mengalami sindrom tak torah hampir 3 hari 4 malam..



Tak cukup dengan itu..ada pulak lagi sorang..jenng2
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
..
.
.

Sapa lagi? Datuk Haji Wa Lah kita laaa..hebat pak2 menakan kita ni..kawan dengan Dato'-dato' ja...

| Sekadar pemecah kesunyian di blog ni.Bukan ada yang penting pun, makin lama makin lemau ja dok tengok blog ni..
| Kalau ada orang meluat tengok aku update, sila lah update..kot2 la cemuih dengan asyik2 aku ja update..

- aku bukan admin -

Powered By Blogger

Tentang Blog

Salam semua. Blog ini diwujudkan sebagai tanda kasih kita sebagai Warga Ikatan Kasih Keluarga Haji Talib.
Blog ini juga merupakan medium perhubungan sesama kita bagi berkongsi cerita serta maklumat terkini yang berlaku di Ikatan Kasih.
Sebarang pertelingkahan / hasutan / gejala negatif adalah sama sekali DILARANG di sini.

- Admin -

Electronic Quran

Happy Birthday!

Salam Sini


ShoutMix chat widget